Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rumah Tangga Akhirnya Terlerai, Safee Sali Dan Isteri Sah Bercerai Talak Dua

Rumah tangga bekas pemain bola sepak negara, Safee Sali dan isterinya, Fitria Elfina akhirnya sampai ke penghujung apabila lelaki itu melafazkan cerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Selangor hari ini.

Foto: Kosmo! Online

Menurut laporan Kosmo, pengesahan lafaz cerai mereka telah diputuskan oleh Mohd Fakhrurrazi Mahamad selaku hakim syarie setelah beliau mendapatkan keterangan daripada kedua-dua belah pihak.

Terdahulu ketika prosiding dijalankan, Fitria yang berusia 44 tahun menyatakan bekas suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali menerusi pesanan suara. Manakala, Safee berkata bahawa lafaz tersebut dilakukan tanpa sebarang paksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kata-kata penceraian itu dibuat lebih daripada sekali supaya ‘terang’,” ujarnya.

Foto: Youtube Harian Metro

Hakim syarie turut menyatakan bahawa lafaz talak yang dilakukan oleh Safee di luar mahkamah adalah sah dan sekali gus mengesahkan penceraian tersebut berdasarkan Seksyen 57 Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

“Dua lafaz talak yang dibuat defendan pada 12.57 tengah hari dan 1.01 petang di luar mahkamah sebelum ini adalah sah,” katanya.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Fitria pernah mengemukakan bahawa dia didera oleh secara mental selama setahun oleh Safee.

Terdahulu, Safee telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap bekas isterinya atas dakwaan meninggalkan anak dan pulang ke Indonesia. Kes sebutan semula nusyuz dijadualkan pada 20 April ini.

Sumber: Kosmo! Online (Iskandar Shah Mohamed)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd