Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Roti Canai Makanan Kedua Terbaik Di Dunia -TasteAtlas

Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai telah dinobatkan sebagai makanan kedua tersedap di dunia apabila berada di belakang picanha yang merupakan makanan dari Brazil.

Berada di belakangan picanha dari Brazil

Hal tersebut dikongsikan  TasteAtlas, apabila menamakan  100 Hidangan Terbaik dalam Anugerah Dunia 23/24 mereka dan roti canai berada di kedudukan kedua.

Roti canai di Pelita, Tg’s Nasi Kandar & Sri Nirwana Maju tersedap

Dalam pada itu, mereka turut menyatakan yang  restoran Nasi Kandar Pelita, Tg’s Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju adalah tempat yang menghidangkan roti canai paling sedap di Malaysia menurut mereka.

Roti canai tersedap dimakan dengan kari, dhal, susu pekat, sambal

Menu sarapan pagi rakyat Malaysia itu sangat digemari oleh semua kaum dan lapis masyarakat kerana teksturnya yang lembut serta enak dinikmati bersama kuah kari, dhal ataupun susu pekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi menambah variasi rasa roti canai, ada yang menambah telur, pisang, keju, sardin dan juga bawang untuk menjadikan rasa roti berkenaan lebih ‘mewah’.

Artikel lain: Adakan Majlis Kahwin Di Kopitiam, Pasangan Singapura Saji Roti Bakar & Telur Separuh Masak

 

Pernah dinobat roti terbaik dunia

Sekitar September lalu, roti canai telah diangkat menjadi roti terbaik di dunia daripada 49 roti-roti lain oleh TasteAtlas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia sekali gus mendahului naan bawang putih mentega yang terkenal di India dan hidangan lain seperti sandwic Vietnam, ‘banh mi thit’ dan ‘tonkotsu ramen’ dari Jepun.

Sumber: tasteatlas

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Lokal

Pelarian tidak seharusnya dipersalahkan atas isu kos sara hidup dan keselamatan yang berpunca daripada pelbagai faktor ekonomi, sistemik dan global, kata Ketua Pejabat United...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd