Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Setiap Tahun KKR perlukan RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan Raya Rosak – Menteri

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengakui mempunyai maklumat berkaitan semua jalan yang rosak namun, pihaknya berdepan kekangan kewangan bagi membaiki kerosakan kritikal.

Menurut laporan Berita Harian, Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu secara keseluruhannya KKR memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya yang terjejas seluruh negara.

Pun begitu, pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan kerja baik pulih secara berperingkat dengan menggunakan peruntukkan yang sedia ada.

RM4 bilion untuk baiki jalan raya rosak

RM4 bilion untuk baiki jalan raya rosak

“Sebenarnya kita ada maklumat semua jalan (rosak). Kita tahu juga beberapa keperluan dari segi kewangan. Kita nak elokkan semua jalan kita memerlukan RM4 bilion sebenarnya. Tapi kita tidak ada (keupayaan) kewangan sebegitu.
“Kita memang sudah tahu jalan mana yang teruk kerana ada bank data (rekod jalan raya kritikal). Sebab itu kita buat (kerja-kerja baik pulih jalan) berdasarkan peruntukan diberikan dalam setahun ke setahun.
“Yang keperluan isu kritikal kita buat dahulu. Sebab itu ada yang rosak tak berapa kritikal kita kemudiankan. Jadi kita buat mana (jalan) yang kritikal dahulu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Gawai anjuran KKR di sini.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak RM55 juta diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) susulan kemalangan maut yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Artikel lain: Mahkamah Persekutuan Perintah Public Bank Bayar Ganti Rugi RM90 Juta Kepada NFCorp

RM4 bilion untuk baiki jalan raya rosak

Nafi dakwaan jalan gelap

Peruntukan tersebut merangkumi pemasangan 385 unit lampu di sepanjang laluan berkenaan, termasuk kawasan selekoh berbahaya di Seksyen 170.4, lokasi insiden tragis yang mendapat perhatian nasional.

Penilaian Keadaan Turapan (PCA) di lokasi kejadian juga telah selesai dijalankan menggunakan teknologi canggih. Laporan penilaian kini dalam penyediaan dan akan dijadikan rujukan penting bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan permukaan jalan (pavemen).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, kerja-kerja bukan pavemen seperti pemasangan sistem penghadang keselamatan dan papan tanda sedang dijalankan, dengan kemajuan semasa mencapai 10 peratus. Keseluruhan kerja ini dijangka siap menjelang Ogos.

Program pemasangan lampu solar turut dilaksanakan di kawasan selekoh yang dikenalpasti berisiko tinggi bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan. Kerja pemasangan dijadual bermula bulan depan dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd