Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rasuah Masih Hantui AKPS, 5 Pegawai Dipecat Sejak Agensi Ditubuhkan Setahun Lalu

Budaya rasuah dan salah laku dalam kalangan petugas di pintu masuk negara perlu dihentikan segera apabila lima pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sudah diberhentikan kerja meskipun agensi itu belum beroperasi genap setahun.

15 berdepan prosedur tatatertib, 50 dalam siasatan aktif

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan, isu integriti masih menjadi ‘duri dalam daging’ yang membelenggu pasukan itu dan memberi amaran keras kepada semua pegawai serta anggota agar tidak terlibat dengan sebarang salah laku.

Mendedahkan tindakan tegas yang diambil, beliau berkata lima pegawai telah ditamatkan perkhidmatan sejak AKPS mula beroperasi.

“Selain itu, seramai 15 anggota sedang berdepan prosedur tatatertib, manakala 50 lagi masih dalam siasatan aktif,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan AKPS hari ini.

Jumlah pegawai dibuang bukan sasaran utama

Dalam usaha memperkukuhkan disiplin di pintu masuk negara, Mohd Shuhaily berkata pihak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diberikan peranan lebih besar bagi membantu pemantauan di lokasi utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan jumlah pegawai yang dibuang kerja bukanlah sasaran utama yang ingin dicapai oleh pihaknya.

“Adalah menjadi hasrat saya untuk mengurangkan jumlah mereka yang dibuang kerja kerana matlamat utama kita adalah memastikan budaya rasuah dan salah guna kuasa dinoktahkan sepenuhnya dalam AKPS,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shuhaily memaklumkan AKPS turut mencadangkan perolehan senjata api jenis Glock untuk kegunaan anggota penguat kuasa.

Menurutnya, kerajaan pada dasarnya telah bersetuju menyediakan kemudahan tersebut bagi melancarkan tugas dan menjamin keselamatan anggota, manakala Glock dipilih kerana lebih tahan lasak serta memerlukan kos penyelenggaraan yang rendah.

“Kita inginkan senjata yang mudah diselenggara dan tidak menelan kos yang besar. Umum sedia maklum, pistol jenis Glock kurang penyelenggaraan dan lasak. Itu yang kita minta,” ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM22 juta bagi melengkapkan AKPS dengan senjata api serta kelengkapan operasi yang bersesuaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Lokal

Keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan seorang pemandu remaja lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun selepas menyebabkan kematian tiga remaja dalam nahas...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd