Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Ada Sesuatu Yang Kurang” – Ram Singh Ziarah Kubur Zara, Mohon Petunjuk Kebenaran

Peguam Datuk Ram Singh mendedahkan beliau menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada Isnin lalu bagi dapatkan petunjuk tentang apa yang sebenarnya berlaku sebelum arwah ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, beliau menjelaskan, selepas menghadiri prosiding locus in quo di asrama sekolah pada 11 September lalu untuk meneliti kemungkinan situasi yang dihadapi arwah, timbul keinginan untuk berdoa dan memohon petunjuk di kubur Allahyarham.

Ram Singh ziarah kubur Zara

Ram Singh ziarah kubur Zara

Difahamkan, beliau telah meminta izin daripada penjaga tanah perkuburan sebelum menziarahi pusara arwah di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.

Ram Singh turut berkata, ketika menziarahi pusara Zara beliau sempat bertanyakan perkara berkaitan kepada beberapa individu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya pergi sana sebab saya rasa macam kebenaran itu, macam there’s something missing (ada sesuatu yang kurang).
“Sebab selepas locus in quo hari itu, yang tempat kejadian semua itu, saya rasa macam ada sesuatu orang semua tidak tahu, iaitu apa sebab dia lompat, seperti dijelaskan Pakar Patologi, Dr Jessie Hiu, arwah dipercayai lompat berdasarkan kecederaan yang dialaminya.
“Semua orang tidak tahu atau sama ada mereka tahu, tapi tidak mahu cakap, seperti Dr. Jessie kata terpulang kepada Mahkamah Koroner untuk membuat keputusan sama ada ia adalah suicide (bunuh diri) atau bukan, semua orang mengelakkan soalan itu.
“Bagi saya, memang ada kecuaianlah, ada kecuaian dari sekolahkah atau pihak lain, something like that (sesuatu yang macam itu).
“That’s why (sebab itu) saya pergi sana (ziarah kubur arwah), saya rasa saya mahu doa, selain daripada doa, saya mahu minta satu petunjuk kebenaran, apa sebabnya, mungkin akan ada petunjuk dari situ,” katanya yang bersama rakan rapatnya bertolak ke Sipitang awal pagi Isnin.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Tangguh Inkues Bukan Untuk Lengahkan Keadilan – Ram Singh

Ram Singh ziarah kubur Zara

Menurutnya, sebagai seorang pengamal undang-undang, beliau memahami bahawa dari sudut guaman, amalan serta pengalaman perundangan, setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai sebab tersendiri.

Sekadar info, Ram bersama rakan guamannya yang mewakili seorang daripada lima tertuduh bawah umur dalam kes pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak, turut menjadi antara pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara di Mahkamah Koroner.

Sumber: Kosmo! Online (Ivan Amirul)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd