Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Rakyat Malaysia Di Paris Buat Jiran Panik, Bau Durian Disangka Kebocoran Gas – “Bomba Datang Cari Punca”

Siapa sangka raja buah yang dinikmati oleh keluarga rakyat Malaysia mencetuskan rasa panik dalam kalangan jiran setempat dalam kejadian dipercayai di Paris, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video di laman TikTok, FroyJall berkongsi kisah yang disifatkan lucu itu memaparkan kehadiran sekumpulan anggota bomba di kediamannya selepas disyaki mengalami kebocoran gas.

Menurut FroyJall, bangunan kediaman tersebut kecoh apabila rumahnya menghasilkan bau ‘gas’ yang kuat sehingga ada individu menghubungi talian kecemasan sebelum didatangi jentera bomba, tanpa mengetahui ia berpunca daripada buah durian.

“Kecoh satu bangunan bila orang malaysia makan durian dalam rumah… satu pasukan bomba datang nk cari mana datang punca bau gas (durian),” tulisnya pada Isnin.

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan FroyJall pada mulanya menikmati pulut durian santan dan beberapa minit selepas itu, muncul pasukan bomba di pintu rumah untuk memeriksa sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memang satu kesalahan ke?

Dia berkata, durian tersebut didapati dari sebuah kedai di Paris, namun menyatakan insiden itu menjadi satu kesalahan kemungkinan kerana bau ‘gas’ yang kuat sehingga mengundang kegusaran jiran sekeliling.

Macam mana hilangkan bukti?

Malah, FroyJall mengakui isterinya sempat menghapuskan ‘bukti’ dengan menyimpan ulas durian dalam peti ais selain bekas diikat dengan plastik sampah serta menyembur pewangi rumah sekali gus menyebabkan pihak bomba tidak dapat mengesan puncanya.

Sampai kesudah bombaa cari tak jumpa punca

Setakat ini, video berkenaan meraih hampir 252,000 tontonan, 11,900 tanda suka dan 855 komen dalam kalangan netizen yang rata-rata menyifatkan kejadian itu mencuit hati.

Sumber: TikTok faroy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd