Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rafizi Ramli Terima Gelaran Datuk Seri Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.

Gelaran Datuk Seri

Foto: The Star

Menurut laporan malaysiakini, Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR itu mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan.

Lima individu lain menerima Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Summit Ascent Holding Limited Datuk Chua Ming Huat dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Mustapha Nagoor, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman turut dianugerahkan DPNS.

Artikel lain: Definisi, Pengelasan T15 Akan Diputuskan Jemaah Menteri – Rafizi

Pemegang Amanah Yayasan Munarah S Sheranjiv pula menerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk.

Sebanyak 25 individu menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk, termasuk Pengarah Peperangan Informasi Rejimen Semboyan Diraja Brigedier Jen Dr Adnan Ajis dan Pengarah Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ayop Salleh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tuanku Muhriz turut mengurniakan pelbagai anugerah lain termasuk Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 28 penerima, Darjah Tuanku Muhriz (DTM) kepada empat penerima, dan Darjah Pekerti Terpilih (DPT) kepada 25 penerima.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran ini berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti dalam tiga sesi, dengan sesi pertama diadakan hari ini, diikuti sesi kedua pada 20 Januari dan sesi ketiga pada 25 Januari.

Sumber: malaysiakini 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd