Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Puad Sedia Debat Dengan Rafizi Untuk Dapat Penjelasan Lanjut ‘Formula’

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam podcast ‘Yang Bakar Menteri (YBM)’.

Puad sedia debat dengan Rafizi

Foto: Malay Mail

Mohd Puad berkata, ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung ‘formula’ untuk pulihkan ekonomi negara sekali gus memastikan Kerajaan Perpaduan efisien dan padu.

“Saya pernah berdebat dengan Rafizi dalam program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) pro Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dibuat di Auditorium Bangunan Sultan Sallehudin Shah Alam pada 2016, ia bukan perkara baharu.
“Ketika itu semua panelis pro Pakatan Harapan (PH) termasuk Rafizi, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (sekarang Menteri Kesihatan), Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar (pro PKR) dan moderator ialah Dr Maszlee Malik (belum menteri).
“Saya datang bukan sebagai ayam tambatan Perikatan Nasional (PN), saya juga pengkritik tegar parti tersebut bahkan pada saya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri gagal,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Artikel lain: “Debat Tiada Menang Atau Kalah, Yang Penting Perkara Disampaikan” – Rafizi Ramli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi hantaran sama, beliau turut mendoakan kesembuhan Rafizi yang baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan dijangka akan kembali bertugas pada Mac depan.

Foto: Bernama

“Saya mendoakan agar YB cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Amin. . Berehatlah dulu YB,” katanya lagi.

Selain Mohd Puad, difahamkan Rafizi telah menjemput bekas Ahli MKT UMNO, Isham Jalil dan penganalisis politik Lim Sian See bagi menjayakan debat dalam podcast berkenaan.

Namun disebabkan perlu menjalani rawatan di hospital bagi tempoh dua minggu lagi, YBM ditangguhkan buat sementara waktu dan akan kembali bersiaran pada bulan depan.

Sumber: Facebook DrPuad Zarkashi, Twitter Rafizi Ramli

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Lokal

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak, Faisal Halim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd