Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Proton Lancar Model Baharu S70, Buka Tempahan Dengan Harga RM500

Proton lancar model baharu, S70 di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim, Perak hari ini dengan slogan ‘Intelligence that Evolves’.

Menurut laporan Berita Harian, S70 adalah model sedan baharu yang pertama sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pelanggan sudah boleh menempah mulai hari ini di semua cawagan Proton dengan bayaran sebanyak RM500.

Proton lancar model baharu S70

https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/posts/pfbid0jgpd2c9c86RaUJhmrcDkX8Y4NcyvJJtxPPwJGzbPYuQL4UBRjAzvMr2Ke6VmGmoJl

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Proton S70 mencatatkan babak baharu bagi PROTON kerana kembali ke pasaran sedan keluarga dengan model yang menjadi evolusi seterusnya bagi model sedan kami.
“Dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, pautan, dan enjin turbo berkapasiti 1.5L dengan transmisi klac berkembar, kami mempunyai harapan tinggi bahawa ia akan menjadi popular dalam kalangan peminat PROTON yang sedia ada dan yang baharu…
“…serta membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini dipimpin oleh model seperti Proton Wira, Waja, dan Prevé,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Masalah ‘Insiden Haba’ Punca PROTON Panggil Semula Model X90

Majlis pelancaran Proton S70 disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Proton Lancar Model Baharu S70

Menyusul jejak Proton X70, Proton X50, dan Proton X90 hibrid ringan, Proton S70 akan menjadi model Proton baharu keempat yang dibangunkan bersama dengan Geely selain model baharu kedua yang ditawarkan tahun ini.

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin), Facebook Proton Cars

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd