Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jalur Gemilang Tak Lengkap: Profesor Malu Jadi Rakyat Malaysia, Kecewa Dua Editor Sin Chew Ditahan Polis

Profesor Malu Jadi Rakyat Malaysia

Seorang profesor malu jadi rakyat Malaysia susulan penahanan dua editor kanan akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily, baru-baru ini.

Ia berhubung dakwaan menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa lambang bulan sabit yang pastinya tidak seharusnya berlaku sebagai rakyat Malaysia terutamanya.

Ketika ditemu bual Malaysiakni, ahli akademik, Profesor Dr Tajuddin Mohd Rosdi menyatakan rasa malu menggelarkan dirinya rakyat Malaysia.

Profesor Malu Jadi Rakyat Malaysia

Beliau berkata, tindakan penahanan dua editor akhbar berkenaan disifatkan sebagai bukti bahawa negara sedang menuju ke arah kehancuran atau mungkin sudah pun tergelincir ke dalamnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Benar, hari ini saya rasa malu dipanggil rakyat Malaysia,” katanya ketika mengulas insiden yang turut membabitkan penggantungan tugas ke atas dua editor tersebut oleh pihak pengurusan akhbar berkenaan.

Tajuddin berpandangan, tindakan Sin Chew itu tidak wajar kerana kesilapan menerbitkan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit itu berlaku secara tidak sengaja.

Beliau menegaskan bahawa permohonan maaf, pembetulan segera dan komitmen untuk menyemak semula penggunaan kecerdasan buatan (AI) oleh akhbar tersebut seharusnya dianggap mencukupi.

“Bagaimana kita mahu menjadi sebuah keluarga yang tidak membenarkan sebarang kesilapan?
“Bagaimana kita menjadi keluarga atau negara yang tidak memberi ruang untuk belajar, tiada rahmat untuk pembetulan diri?” soalnya, sambil menambah bahawa masyarakat kini seolah-olah tidak lagi berpegang pada prinsip kemanusiaan dan belas ihsan.

Beliau turut mempersoalkan sikap pihak tertentu yang terus-menerus menuntut tindakan hukuman dan enggan memaafkan, meskipun sering berbicara soal “ketuhanan”.

“Nabi Muhammad sendiri memaafkan mereka yang menyusahkannya dengan teruk di Taif.
“Saya ambil inspirasi daripada Nabi saya, tetapi saya tertanya-tanya, mereka yang menuntut ‘balas dendam’, dari mana mereka belajar agama mereka?”soalnya.

Artikel lain: Jalur Gemilang Tak Lengkap Tanpa Bulan Sabit: Sin Chew Gantung Tugas Dua Editor

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan ketua editor dan timbalan ketua subeditor Sin Chew Daily ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka hadir memberi keterangan selama tiga jam di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Setakat ini, polis mengesahkan menerima 40 laporan dari seluruh negara berhubung insiden berkenaan.

Sumber: YouTube MalaysiaKini

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd