Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat Kes Lelaki Kasari Pekerja Wanita

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian tular melibatkan seorang lelaki yang bertindak agresif terhadap pekerja wanitanya dalam insiden yang berlaku di Taman Rishah di Ipoh.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas mangsa yang berusia 24 tahun tampil membuat laporan polis.

Foto: Utusan Malaysia

“Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa mendakwa berlaku salah faham selepas dia membuka surat atas nama majikannya.
“Suspek yang berang kemudiannya menolak komputer riba yang sedang digunakan mangsa hingga terkena muka wanita itu. Mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada Khamis lalu dan laporan dibuat mangsa sekitar jam 2.10 petang hari yang sama.

Tambah beliau, pihak polis telah merakam keterangan beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Identiti suspek telah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan orang awam agar tidak menyebarkan video atau maklumat tidak sahih mengenai insiden tersebut bagi mengelakkan kekeliruan serta tidak mengganggu proses siasatan.

Terdahulu, sebuah rakaman video berdurasi 39 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memarahi seorang wanita sebelum bertindak menepis komputer riba yang kemudiannya terkena pada wajah mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Asliza Musa)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd