Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Cari Individu Hantar Bungkusan Bom Palsu Pada Menteri Pelancongan

Pihak polis sedang giat mengesan individu yang menghantar bungkusan berisi bahan letupan seperti bom kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri  Tiong King Sing, di Putrajaya, pada Rabu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi memaklumkan pihaknya masih menjejaki individu yang terlibat memandangkan keterangan daripada menteri dan beberapa orang saksi di lokasi tersebut telah diperolehi.

Foto: Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Asmadi berkata, perkembangan selanjutnya bakal dimaklumkan sekali gus memberitahu bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kes ini mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat ini, keterangan YB (Yang Berhormat) Menteri serta beberapa saksi telah diambil, usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, setelah Unit Pemusnah Bom melakukan inspeksi dengan bantuan dua ekor anjing pengesan dan teknologi, pihak polis mengesahkan bahawa bungkusan tersebut sebagai satu ancaman bom palsu.

Foto: Kosmo! Online

Sementara itu, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pula memperlihatkan bahawa terdapat kurier yang menghantar bungkusan terbabit sekitar jam 11.19 pagi, semalam.

Bungkusan berisi paip polyvinyl chloride (PVC), wayar dan ‘timer’ itu kemudiannya telah dibawa naik ke tingkat 14 pada pukul 2.45 petang, pada hari yang sama.

Foto: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Tuan Nurhidayah Tuan Ab.Ghani)

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd