Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tahniah Wira Negara! PM Puji Semangat Juang Atlet Para Di APG Thailand 2025

PM Puji Semangat Juang Atlet Para

Malaysia berbangga dengan pencapaian kontingen negara yang berjaya menduduki tangga ketiga keseluruhan pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025.

Ia sekali gus memperbaiki kedudukan berbanding edisi 2023, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Puji Semangat Juang Atlet Para

Beliau menyifatkan semangat juang dan kegigihan atlet para sebagai inspirasi kepada semua, tanpa menjadikan keterbatasan sebagai halangan untuk mencapai impian.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh atlet para negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Para ASEAN Thailand 2025 yang melabuhkan tirainya semalam.
“Terima kasih kerana mengingatkan kita semua tentang makna sebenar usaha, disiplin dan keyakinan diri. Tahniah wira negara!,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kontingen Malaysia menamatkan saingan dengan kutipan 201 pingat keseluruhan, terdiri daripada 64 emas, 64 perak dan 73 gangsa daripada 17 sukan yang disertai, melepasi sasaran awal 55 emas dan 181 pingat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sidang Kemuncak ASEAN: Putin Tidak Hadir, Diwakili Timbalan PM Rusia – PM Anwar

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd