Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sidang Kemuncak ASEAN: Putin Tidak Hadir, Diwakili Timbalan PM Rusia – PM Anwar

Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Putin tidak hadir

Anwar berkata Putin akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak.

“Presiden Putin mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir. Beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun berikutnya. Beliau akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat khas media dengan wartawan tempatan dan antarabangsa menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di Putrajaya malam tadi.

Putin tidak hadir

Foto: PMO & Faisal Jaafar/BERNAMA

Pengesahan itu menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan kehadiran Putin selepas Presiden Rusia itu memaklumkan kepada Anwar bahawa beliau “mempertimbangkan dengan serius” kehadiran ke perhimpunan serantau berkenaan.

Artikel lain: Trump, Li Qiang Sah Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Di Malaysia – PM Anwar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijangka menghimpunkan beberapa pemimpin utama dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dan juga pemimpin dari China, Jepun serta negara anggota ASEAN.

Putin tidak hadir

Foto: PMO & Faisal Jaafar/BERNAMA

Anwar turut mengesahkan Pemangku Presiden Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing tidak akan menghadiri sidang kemuncak berkenaan dan beliau turut menegaskan pendirian badan serantau itu terhadap Konsensus Lima Perkara mengenai krisis politik di negara terbabit.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kewangan itu menzahirkan penghargaan terhadap sokongan proaktif Jepun dalam usaha pembinaan semula Gaza selepas gencatan senjata yang dicapai baru-baru ini dan menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa melalui kerangka Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

“Saya berharap perkara ini dapat dibincangkan dengan Perdana Menteri Jepun yang baharu Sanae Takaichi, kerana inisiatif ini asalnya dicetuskan oleh Perdana Menteri (Shigeru) Ishiba. Kami telah mencapai kesepakatan dan kini sedang bersama-sama melaksanakannya,” kata beliau.

Anwar berkata kesediaan Jepun untuk terlibat dalam usaha pembinaan semula itu wajar diberi pengiktirafan, khususnya atas sokongan yang berterusan dalam usaha kemanusiaan.

“Perkara ini wajar dihormati dan diberi perhatian bahawa Jepun benar-benar serius dalam usaha membantu pembinaan semula Gaza,” ujarnya lagi.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd