Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Rafak Sembah Takzim, Titip Ucapan Hari Keputeraan Sultan Brunei

Anwar titip ucapan Hari Keputeraan Sultan Brunei

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan menitipkan ucapah tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.

Titip ucapan Hari Keputeraan Sultan Brunei

Anwar titip ucapan Hari Keputeraan Sultan Brunei

Menerusi hantaran di Facebook beliau, beliau turut mendoakan kesejahteraan baginda Sultan Hassanal Bolkiah agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berharap agar hubungan Malaysia-Brunei kekal akrab dalam pelbagai aspek.

“Saya doakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
“Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama buat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, Insya-Allah,” kata Anwar di Facebook hari ini.
Anwar titip ucapan Hari Keputeraan Sultan Brunei

Foto: The Star

Artikel lain: Sultan Brunei Puji Kualiti Perkhidmatan, Kepakaran Petugas IJN – PM Anwar

Untuk info, Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada tanggal 15 Julai 1946 di Bandar Brunei iaitu Bandar Seri Begawan dan menaiki tahta sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd