Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sultan Brunei Puji Kualiti Perkhidmatan, Kepakaran Petugas IJN – PM Anwar

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memuji kualiti kepakaran petugas perubatan dan perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN).

Sultan Brunei puji IJN

Sultan Brunei puji IJN

Foto: Kosmo

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Sultan Brunei begitu berpuas hati dengan perkhidmatan dan kepakaran doktor di IJN semasa baginda ditempatkan di pusat perubatan tersebut sepanjang mendapatkan rawatan.

Beliau memaklumkan perkara itu diberitahu sendiri secara peribadi oleh Sultan Brunei ketika melawat baginda di IJN sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.

“Baginda menyatakan walaupun baginda mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia namun baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat, kecemerlangan serta kecekapan doktor-doktor kita di IJN,” kata Anwar pada Rabu.
Sultan Brunei puji IJN

Foto: Sinar Harian

Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan sektor kesihatan perlu menjadikan pujian ini sebagai satu motivasi untuk terus berusaha memberikan kualiti perkhidmatan yang baik dan tidak sekadar berpuas hati dengan kejayaan yang sedia ada.

“Kita harus mengakui kelebihan dan kekuatan yang kita ada, tetapi pada masa sama perlu memandang ke hadapan untuk bersaing secara sihat dengan negara lain. Jangan hanya puas hati, sebaliknya jadikan itu motivasi untuk terus menambah baik,” jelasnnya.

Artikel lain: Sultan Brunei Dimasukkan ke IJN, Alami Keletihan

Untuk rekod, Sultan Hassanal Bolkiah, 78, tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 hingga 27 Mei dan baginda dilaporkan berehat di IJN pada 27 Mei kerana keletihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd