Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pihak Istana Dan Pasukan Tanggung Kos, Faisal Halim Akan Guna Tampalan Kulit Dari Belgium

Pemain kebangsaan, Faisal Halim akan menggunakan skin allograft atau tampalan kulit dari Belgium bagi merawat lecur tahap empat dialaminya yang dianggar bernilai lebih RM30,000.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair.

Menurutnya,  pihak mereka terpaksa mengimport ubat itu yang dipanggil skin allograft yang digunakan sebagai prosedur untuk membantu dan mempercepat pemulihan kulit.

Foto: Kosmo Digital

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan kepada pakar bedah, prosedur lanjutan itu akan berlangsung dalam minggu ini. Dari segi otot, ia memerlukan rehabilitasi dan kita boleh jangka pada masa depan nanti,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar turut mengesahkan pihak Istana dan pasukan akan menanggung kos rawatan dan perubatan pemain kebangsaan itu sehingga pulih meskipun pemain itu sudah memiliki insurans perubatan.

“Kos perubatan Faisal sudah ditanggung menerusi insurans tetapi kita mahukan yang terbaik untuk dia. Apa yang dimaklumkan, rawatan yang terbaik biasanya membabitkan kos yang tinggi.
“Tetapi Tuanku (Tengku Amir Shah) beri jaminan bahawa tak usah khuatir dan jangan risau, pihak istana dan Tengku Amir Shah sendiri akan tanggung kos perubatan sekiranya perlu,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Sekadar info, skin allograft dianggap sebagai standard tertinggi untuk merawat luka kebakaran kepada pesakit yang tidak memiliki kulit yang cukup untuk menutup luka terbakar di badan.

Ia adalah satu prosedur pembedahan untuk memindahkan kulit yang sihat daripada satu bahagian tubuh ke tubuh yang lain untuk menutup kulit yang hilang ataupun rosak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Faisal telah diserang oleh dua individu tidak dikenali dengan menyimbah asid jenis asid sulfurik pekat sehingga dirinya disahkan mengalami lecur tahap empat, mengalami kecederaan di bahagian muka, leher, lengan dan badan kesan daripada curahan asid itu.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd