Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala Sumbangsih Dibatalkan, JDT Menang ‘Walkover’ 3-0

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan.

Menerusi satu pengumuman di akaun Facebook rasmi MFL, aksi Piala Sumbangsih terpaksa dibatalkan selepas Selangor FV membuat keputusan untuk tidak menghadiri perlawanan tersebut.

“Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat, 10 Mei 2024 di Stadium Ibrahim terpaksa dibatalkan selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan itu,” katanya.

Dalam pada itu, MFL turut memaklumkan atas sebab ketidakhadiran Selangor FC ke perlawanan pembukaan Liga Malaysia musim 2024/25, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diberikan kemenangan ‘walkover’.

Artikel lain: Tiada Musuh, Bapa Reda Dengan Ujian Menimpa Faisal Halim

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL sekaligus menyaksikan JDT bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata bagi perlawanan Liga Super (LS1).
“Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaha Pengarah MFL bagi tindakan lanjut,” jelasnya.

Foto: Majoriti

Baru-baru ini, Selangor FC telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak hadir ke Piala Sumbangsih atas faktor keselamatan selepas insiden yang menimpa salah seorang pemainnya iaitu Muhammad Faisal Abdul Halim.

Menurut kelab itu, susulan insiden jenayah  dan ancaman yang berlaku terhadap beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam, Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan itu.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor menegaskan keselamatan pasukan adalah paling utama.
“Kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” ujar Selangor FC dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beberapa pemain bola sepak kebangsaan telah terlibat dengan insiden yang melibatkan keselamatan dan nyawa mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, pemain bola sepak Akhyar Rashid telah disamun, manakala pemain bola sepak Faisal Halim pula telah diserang menggunakan asid sulfurik pekat.

Foto: Kosmo Digital

Dua hari selepas insiden Faisal, pemain bola sepak Safiq Rahim pula menjadi mangsa terbaharu yang mana cermin keretanya dipecahkan berhampiran pusat latihan JDT.

Sumber: Facebook Malaysia Football League (MFL)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd