Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sekurang-Kurangnya 18,000 Peserta Hadir Perhimpunan Pembangkang -Polis KL

Perhimpunan pembangkang yang ditunjangi PAS  di ibu negara hari ini menyaksikan kehadiran sekitar 18,000 peserta, seperti dimaklumkan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

Perhimpunan Pembangkang bermula dari 5 lokasi berbeza

Memetik laporan Buletin TV3, beliau menyatakan bahawa perhimpunan telah bermula dari lima lokasi berbeza dimana para peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka dan berkumpul hingga kira-kira jam 5.15 petang sebelum bersurai secara aman selepas bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan.

Perhimpunan Pembangkang berjalan dengan lancar

Tinjauan di lokasi mendapati himpunan tersebut berjalan lancar, tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Malah, kawasan sekitar turut dibersihkan dengan baik oleh petugas dan penganjur selepas himpunan berakhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat ini tiada sebarang masalah yang dikesan berlaku semasa perhimpunan, semuanya berjalan dengan lancar.
Kita bersyukur, kita berterima kasih kepada semua yang hadir kerana semuanya berjalan dengan lancar, walaupun mungkin ada satu atau dua perkara yang tidak dipersetujui di peringkat awal, tapi dapat kita selesaikan,” katanya kepada media.

Walaupun berlangsung dalam keadaan aman dan teratur, himpunan ini tetap mencuri perhatian ramai apabila jumlah kehadiran yang diwar-warkan sebelum ini dilihat agak berbeza dengan anggaran rasmi pihak polis.

perhimpunan pembangkang

Artikel lain: Pentas Himpunan Pembangkang Dialih Kerana Bahaya & Tiada kelulusan -Polis KL

Apa pun, suasana kekal tenang, mesej dah disampaikan, tapi hati rakyat belum tentu termenangi.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd