Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perusahaan Sosial Malaysia Terima Pengiktirafan Berganda Oleh SEWF

Perusahaan Sosial Malaysia telah menerima pengiktirafan berganda oleh Social Enterprise World Forum (SEWF) pada Mac lalu sekali gus memberi peluang bagi Perusahaan Sosial Diakreditasi dikenali di peringkat antarabangsa.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa Perusahaan Sosial yang diberi penarafan Perusahaan Sosial Diakreditasi daripada KUSKOP secara automatik akan diiktiraf oleh SEWF tanpa melalui proses penilaian di peringkat antarabangsa.

“KUSKOP juga telah memperkenalkan satu tahap penarafan baharu iaitu Tunas Perusahaan Sosial atau Aspiring SE.
“Ia diperkenalkan supaya lebih banyak usahawan yang baru menceburkan diri dalam perusahaan sosial dapat diberi
penarafan dan galakan untuk menjadi perusahaan sosial yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sambutan Hari Perusahaan Sosial 2024 anjuran KUSKOP dengan kerjasama Chamber of Social Entrepreneur Development (CSED) dan SME Bank di Asia School of Business, Kuala Lumpur pada Khamis.

Selain memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai perusahaan sosial, objektif sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan perusahaan sosial memohon penarafan melalui klinik penarafan dan menarik minat orang ramai mengenai impak yang diberikan.

Dalam pada itu, Ewon turut meluncurkan logo penarafan perusahaan sosial bagi ketiga-tiga tahap penarafan iaitu Tunas Perusahaan Sosial, Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Logo ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan penarafan perusahaan sosial di Malaysia di samping perusahaan sosial menggunakannya bagi tujuan memperkenalkan dan mempromosikan perniagaan serta produk/ perkhidmatan mereka,” ujar KUSKOP dalam satu kenyataan semalam.

Pada majlis sama, Ewon turut menyampaikan Sijil Penarafan Perusahaan Sosial Diakreditasi kepada 13 daripada 20 perusahaan sosial yang mendapat penarafan Perusahaan Sosial Diakreditasi daripada KUSKOP serta layak memohon pengecualian cukai pendapatan bagi tiga tahun taksiran berturut-turut.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd