Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pernah Kecoh Menang Loteri RM 2 Juta, Aktor Thailand Mohon Maaf Jadi Mangsa Tipu

Aktor terkenal Thailand, Big M atau nama sebenarnya Krittarit Butprom tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai terutama peminatnya apabiladia sebenarnya tidak menang loteri berjumlah  24,152,000 baht iaitu RM 2,973,477.79.

Aktor berusia 34 tahun itu memberitahu dia memohon maaf berhubung isu menang hadiah pertama loteri apabila ia menjadi pertikaian ramai terutama para peminat dan sahabat terdekat.

“Saya memohon maaf kepada semua orang. Semua rakyat, peminat termasuk mereka mengenali saya,”katanya.

Jelasnya, dia bukan sengaja mahu menipu kerana dia sendiri tertipu gara-gara mudah terpedaya dengan seseorang.

“Semuanya kerana saya bodoh. Saya tidak tahu kerana tidak mempunyai pengalaman. Saya juga mudah mempercayai orang lain tanpa berfikir apa-apa. Hakikatnya, saya hanya budak kecil yang dipergunakan,”luah Big M.


Katanya lagi, kebenaran cerita sebenar baru sahaja diketahui sehingga membuatkan dirinya tertekan sebelum tampil membuat kenyataan media bersama pengurus, Nawat Isarakraisil menerusi platform Facebook.

“Saya bodoh, saya tidak mempunyai pengalaman. Saya terlalu mempercayai orang lain. Sehingga kini, saya merasakan insiden tersebut adalah paling buruk dan menyedihkan.
“Hari ini saya tahu semua kebenaran. Saya sebenarnya mangsa tipu daya. Saya memohon maaf kepada semua rakyat Thailand.”ujarnya.

Mengulas lanjut. Big M yang terkenal dengan drama Jao Sao Jumleoi memberitahu pada awalnya dia mendapat nombor bertuah daripada seorang individu dikenali Oat sewaktu pergi menghantar pesanan sabun di sebuah kedai.

Oat juga memaklumkan nombor berkenaan menang hadiah pertama berjumlah hampir RM 3 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, apa yang membuatkan Big M tersedar apabila Nawat bertanya kepadanya hadiah wang tunai hasil daripada loteri berkenaan dan beberapa kejadian aneh berlaku.

“Selepas beberapa kejadian berlaku, ia membuatkan saya terfikir. Jadi, mungkin saya telah ditipu selepas beberapa kejadian seperti perlu membayar wang sebanyak 6 juta baht (RM768,041),”katanya.

Di kesempatan itu, Big M berterima kasih kepada Nawat kerana memberi peluang kepada dirinya untuk menjelaskan hal sebenar kepada orang ramai selain dapat memohon maaf kepada ramai orang.

“Terima kasih Nawat kerana memberi saya peluang untuk menjelaskan cerita dan kebenaran sebenar yang berlaku. Saya memohon maaf kepada rakyat Thailand di seluruh negara.
“Cerita itu jelas menunjukkan kejahilan saya tentang sesuatu perkara,”tulisnya dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Terdahulu, perkongsian Big M menerusi laman Instagram miliknya memenangi loteri hampir RM3 juta membuatkan ramai terkejut cemburu termasuk rakan-rakan selebriti.

Bukan itu sahaja, bahkan aktor berasal dari wilayah Khon Kaen, timur laut Thailand sendiri terkejut apabila nombor loteri bertuahnya membuatkan dia bergelar jutawan dengan sekelip mata.

Sumber: Instagram @bigm_krittarit, Facebook ณวัฒน์ อิสรไกรศีล – Mr.Nawat Itsaragrisil

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd