Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pernah Kahwin Tujuh Kali, Nenek Berusia 112 Tahun Sedia Dipinang

Nenek berusia 112 tahun dari Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan sedia ‘kahwin’ jika ada lelaki yang mahu memperisterikannya, lapor Kosmo! Online.

Nenek dikenali Siti Hawa Hussin yang mempunyai 30 cicit berseloroh, dirinya sedia kahwin dan tidak menolak kemungkinan untuk hidup berumah tangga kerana masih sihat termasuk menunaikan solat lima waktu.

“Kalau ada orang nak, saya mahu berkahwin. Lagipun saya masih sihat,”selorohnya.

Siti Hawa pernah berkahwin tujuh kali dan dikurniakan empat anak hasil perkahwinan hidup dengan salah seorang daripada mereka serta mempunyai 19 cucu.

“Bekas suami saya sebelum ini, ada yang meninggal dan ada yang bercerai kerana kami tidak sehaluan,” katanya kelmarin kepada Kosmo! Online.

nenek kahwin

Ujar Siti Hawa yang kini menetap bersama anak bongsu, Ali Seme, 58, dia tidak mempunyai rahsia perjalanan hidup untuk kekal sihat dan cergas.

Sebaliknya, cuma mengamalkan makan nasi tanpa disulami air bagi menjaga kesihatan dirinya, selain makan ubat darah tinggi mengikut jadual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bercerita lanjut, Siti Hawa juga masih mampu bercerita mengenai zaman negara dijajah oleh Jepun kepada anak cucunya.

“Dia masih boleh solat lima waktu sambil duduk. Biarpun ingatannya lemah tetapi boleh menceritakan sejarah di zaman negara dijajah oleh Jepun kepada anak cucunya,” ujar anak bongsunya.

nenek kahwin

Artikel lain: Nenek 83 Tahun Ceraikan Suami Muda Sebab Pemalas – “Semua Kerja Rumah Saya Buat”

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd