Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkhidmatan Bas Henti-henti Di Seluruh Negara Bertukar Warna Merah Jambu?

Perkhidmatan bas henti-henti akan digantikan dengan bas baharu berwarna merah jambu sebagai langkah transformasi perkhidmatan pengangkutan di seluruh negara.

Menurut laporan Buletin TV3, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pengendali perkhidmatan yang dilantik wajib menyediakan bas baharu dan sekiranya gagal berbuat demikian, akan berdepan tindakan penalti.

Foto: focusmalaysia.my

“Semua tempat (seluruh negara) akan memiliki bas berwajah baharu ini. Pereka grafik yang membuat rekaan wajah baharu itu mencadangkan warna merah jambu sebab nampak lebih ceria.
“Dulu warna bas yang gelap agak membosankan, jadi kita tukar kepada warna ceria dan terang supaya dari jauh sudah nampak bas itu, kita naik pun rasa gembira,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) di Jebebu hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Loke juga berkata, transformasi tersebut dilaksanakan di seluruh Semenanjung kecuali Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang kerana memiliki perkhidmatan Bas Rapid.

Foto: Buletin TV3

“Negeri Sembilan menjadi negeri pertama yang melakukan transformasi berkenaan dan diteruskan ke negeri lain berdasarkan penamatan tempoh kontrak bagi perkhidmatan dengan syarikat sedia ada.
“Ini kontrak pertama diluluskan dan kedua-dua operator dilantik di Negeri Sembilan adalah syarikat tempatan beroperasi di Negeri Sembilan iaitu di Jelebu sendiri,” ujar beliau.

Beliau juga berkata, bagi memastikan matlamat perkhidmatan SBST dapat dicapai, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM79.1 juta atau RM15.82 juta setahun untuk Pakej B di Kuala Klawang, Kuala Pilah atau Bahau dan Port Dickson.

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Secara keseluruhan, ia termasuk koridor Nilai, Seremban dan Tampin dengan Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM179.1 juta atau RM35.8 juta setahun bagi SBST Seremban,” jelasnya.

Ahli Parlimen Seremban itu juga memaklumkan inisiatif tambang percuma konsesi tetap diteruskan bagi membantu golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar sekolah.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd