Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pensyarah UPSI Sebak Dalam Kelas, Kenang Anak Didik Terlibat Kemalangan

Suasana pagi Isnin yang biasanya dipenuhi suara pelajar bertukar hening dan penuh duka dalam sebuah kelas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menerusi satu postingan di Facebook, tular sebuah video memaparkan detik pilu apabila seorang pensyarah kelihatan duduk di atas kerusi sambil mengesat air mata, tidak mampu menahan sebak mengenang insiden kemalangan yang turut menimpa lima orang anak didiknya.

Video berdurasi beberapa saat itu dimuat naik oleh pensyarah tersebut sendiri yang menggunakan akaun bernama Zulfiqar Shah A. Hadi, selepas dirakam oleh pelajarnya sendiri.

“Permulaan kelas tadi,  suasana pilu di UPSI. Sungguh kami berduka. (pelajar ambo curi-curi rakam),” tulisnya.

Dalam suasana kelas yang sunyi dan berat dengan rasa kehilangan, wajah Zulfiqar jelas menunjukkan duka yang mendalam dimana satu kesedihan tidak dapat disembunyikan, seolah-olah seluruh ruang kelas diselubungi awan mendung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Zulfiqar Shah A. Hadi

Lima mahasiswi dari Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) itu terbabit dalam kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa 15 orang pelajar UPSI.

Dua daripada mereka disahkan meninggal dunia, seorang perlu menjalani pembedahan segera akibat kecederaan kritikal di kepala, seorang lagi cedera parah dan kini dalam rawatan, manakala seorang lagi mengalami patah tangan.

“Lima mahasiswi anak didik kami Jabatan Pengajian Islam, FSK UPSI terlibat dalam kemalangan ini dan dua daripadanya meninggal dunia, seorang cedera kritikal (pembedahan segera di kepala, Moga Allah mudahkan segalanya), seorang cedera teruk (dalam rawatan) dan seorang patah tangan,” jelasnya.

Foto: FB Zulfiqar Shah A. Hadi

Rakaman ringkas tanpa sebarang ucapan itu sudah cukup menggambarkan kedukaan yang mendalam dan tangisan seorang pendidik  bukan kerana kelemahan, tetapi kerana kasih dan rasa kehilangan.

Sumber: Facebook @Zulfiqar Shah A. Hadi

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd