Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pensyarah Ulas Poster Tular Makan McD, Berdosa Samakan Manusia Seperti Anjing

Seorang pensyarah mengulas tindakan melampau dalam memboikot sehingga sanggup menyamakan manusia dengan anjing.

Memetik laporan Malaysiakini, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran Sunnah UIAM, Abu Hafiz Salleh Hudin menjelaskan bahawa Islam mengharamkan penghinaan manusia dengan binatang.

Foto: IG Abu Hafiz 

Dalam hal ini, tidak sepatutnya bahkan berdosa seseorang itu menghina golongan yang tidak terlibat dalam boikot dengan memberi gambaran negatif seperti anjing kepada mereka.
“Ini kerana di dalam al-Quran dan hadis juga menyatakan bahawa dilarang menghina sesama umat Islam. Perbezaan pendapat mengenai boikot bukanlah suatu masalah sehingga perlu memaki hamun sesama masyarakat,” katanya.

Abu Hafiz berkata, selain daripada memberi gambaran negatif, tindakan yang tidak wajar itu juga merupakan satu dosa kerana menghina individu yang tidak terlibat dengan boikot.

Foto: FB Abu Hafiz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah meskipun terdapat perbezaan pendapat, namun tindakan menghina sesama umat Islam merupakan perkara yang ditegah dalam Al-Quran dan hadis.

“Mereka yang memilih untuk melakukan boikot tidak perlu memaksa atau menghina orang lain dengan menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya serta menggelar seseorang itu anjing,” ujarnya.

Selain menganggap boikot merupakan satu pilihan, beliau turut menyifatkan perbuatan menghina merupakan sesuatu tindakan yang melampau.

Beliau menegaskan agar golongan yang ingin memboikot produk makanan segera seharusnya mempamerkan tujuan mereka dengan cara yang sopan kepada orang ramai.

“Kedua-dua belah pihak tidak perlu memprovokasi antara satu sama lain kerana ia akan mengundang kepada tanggapan yang mencetuskan perbalahan kerana agama kita mendahulukan adab dan perilaku yang baik bukannya membuat lukisan yang mengaibkan,” jelasnya.

Justeru itu, Abu Hafiz menyeru supaya kedua-dua belah pihak mengelakkan provokasi yang boleh menimbulkan konflik, memandangkan agama Islam mengutamakan adab dan perilaku yang baik.

Terdahulu, beberapa poster meme yang menggambarkan anjing menikmati makanan dari restoran makanan segera McDonald’s (McD) telah tersebar luas di media sosial.

https://www.facebook.com/UstazAbdulAzizMN/posts/pfbid02hc24X6LqtoXSQvBaBAsNocMY71pX6Q7zuyYnRKckQG6zkgi6AHfGMQ3gahRRQdD2l

Advertisement. Scroll to continue reading.

Poster-poster berkenaan telah menggambarkan anjing memakai tudung dan berbaju Melayu sebagai salah satu contoh.

Sumber: Malaysiakini, FB Ustaz Lariba

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd