Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dari Kebun Ke Istana! Pengusaha Durian ‘Black Thorn’ Terkenal Kini Bergelar Datuk

Pengusaha Durian 'Black Thorn' Terkenal Kini Bergelar Datuk

Seorang pengusaha durian dari Pulau Pinang, Leow Cheok Kiang, tidak menyangka perjalanan hidupnya sebagai petani kecil akhirnya membawa gelaran Datuk apabila dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena sambutan ulang tahun ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

“Saya tidak menjangkakannya. Saya cuma seorang petani kecil yang menanam durian Black Thorn dan apabila dihargai sebegini, ia satu penghormatan besar,” katanya kepada media.

Pengusaha Durian ‘Black Thorn’ Terkenal Kini Bergelar Datuk

Cheok Kiang, 65, yang mula berkecimpung dalam bidang ini sejak usia lapan tahun di bawah bimbingan bapanya, kini menguruskan beberapa ladang durian termasuk varieti terkenal seperti Musang King, Udang Merah dan D14.

Namun, Black Thorn atau nama Melayunya Or Chee kekal sebagai ‘permata’ yang menjadi rebutan pelanggan seluruh dunia kerana rasa manis dan kualitinya yang luar biasa.

“Black Thorn saya memang terkenal dengan rasa manis dan kualitinya. Walaupun tidak banyak promosi, pelanggan tetap datang melalui hebahan dari mulut ke mulut,” jelasnya.

Artikel lain: Kanak-Kanak Hanya Ada RM15, Peniaga Durian Beri Musang King Percuma

Advertisement. Scroll to continue reading.

Varieti itu juga sudah dipatenkan dan didaftarkan dengan nombor pengenalan rasmi, menjadikan ia satu jenama eksklusif dalam pasaran.

Cheok Kiang turut berkongsi cabaran terkini industri durian yang semakin mencabar disebabkan perubahan iklim, perosak, dan keperluan tenaga kerja terlatih dalam perluasan ladang.

“Perluasan ladang memerlukan perhatian rapi, tenaga kerja yang baik dan keadaan yang sesuai,” katanya sambil menambah beliau masih mempertimbangkan untuk membuka cawangan baharu di negeri itu.

Ditanya mengenai gelaran Datuk yang diterima, beliau tampil merendah diri dan menganggap ia hanya satu penghormatan selain tetap mahu jadikan durian sebagai tumpuan utama.

Baginya, kejayaan itu bukan milik peribadi semata-mata, sebaliknya berkat sokongan pelanggan dan kerajaan negeri yang menghargai usahanya selama ini.

“Ia satu perjalanan yang panjang, dan saya bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Saya hanya mahu semua orang menikmati durian yang sedap dan bergembira,” katanya lagi.

Sumber: BH Online (Sin Yi Ann)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd