Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Beri Maklumat Palsu! Pempengaruh Permotoran Disyaki Hilang Rupanya Lari Ke Negara Jiran

Drama kehilangan seorang lelaki yang juga dikenali sebagai pempengaruh permotoran akhirnya terbongkar apabila polis mendedahkan ia hanyalah helah untuk melarikan diri ke luar negara.

Pempengaruh permotoran dilaporkan hilang 15 Julai

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz bin Azman Aziz, laporan mengenai kehilangan lelaki berusia 38 tahun itu dibuat oleh adiknya sendiri di Balai Polis Lenga pada 15 Julai lalu.

“Seorang lelaki berusia 30 tahun bernama Tengku Abd Aziz bin Tengku Zainudin telah membuat laporan polis di Balai Polis Lenga berkenaan kehilangan abangnya, Tengku Nizaruddin bin Tengku Zainudin, 38 tahun,” katanya.

Polis syak kehilangan pempengaruh permotoran direka

Mangsa dikatakan hilang selepas memaklumkan mahu ke Muar untuk membaiki kenderaan, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh pihak polis. Namun siasatan mendapati wujud keraguan terhadap dakwaan tersebut.

“Polis mempercayai bahawa kehilangan tersebut telah direka,” jelas ACP Raiz.

Tenggelamkan kereta isteri kemudian lari

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati lelaki terbabit dipercayai telah menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga sebelum melarikan diri ke negara jiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, adiknya turut disyaki bersubahat dengan berpura-pura menjalankan pencarian demi mengaburi siasatan.

Pempengaruh Permotoran

Beri maklumat palsu dan bersubahat

Kedua-dua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 182 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu serta bersubahat melakukan kesalahan.

“Tindakan membuat laporan palsu adalah satu kesalahan serius yang boleh menjejaskan tugasan serta sumber kepolisan. Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan sistem laporan polis untuk tujuan peribadi atau jenayah,” tegas beliau lagi.

Artikel lain: Pempengaruh Hilang: Polis Rakam Keterangan Isteri, Adik Ija Nizaruddin

Siasatan lanjut masih diteruskan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis Daerah Muar

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Bisnes

Perodua mengumumkan pengurangan sehingga 10 peratus ke atas kos alat ganti komponen penyelenggaraan termasuk caj buruh sebagai langkah membantu rakyat Malaysia berdepan tekanan kos...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd