Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Runsing, Kylie Jenner Didakwa Hamilkan Anak Timothée Chalamet?

Selebriti media sosial popular, Kylie Jenner dikatakan kini sedang hamil hasil hubungan dengan pasangan yang juga pelakon, Timothée Chalamet.

Menerusi laporan artikel Cosmopolitan, rata-rata netizen berpendapat bahawa Kylie kini ‘berbadan dua’ setelah pelawak, Daniel Tosh mendakwa Kardashians sedang membuat penggambaran mengenai pendedahan kehamilan untuk siri mereka menerusi Tosh Show.

Foto: ELLE

Dalam pada itu, berita tersebut disambut gembira oleh sesetengah peminat. Namun juga terdapat segelintir yang seolah-olah tidak ‘merestui’ sekiranya Kylie menghamilkan anak Timothée.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, US Weekly menjelaskan setakat ini berita kehamilan Kylie hanya sekadar khabar angin dan tiada pengesahan yang sah daripada wakil kedua-dua bintang itu.

Untuk rekod, Kylie sebelum ini mempunyai dua cahaya mata bersama penyanyi rap Travis Scott, iaitu Stormi Webster dan Aire Webster, sebelum berpisah tahun lalu.

Setelah itu, Kylie mula menjalinkan hubungan bersama pasangannya kini, Timothée yang sememangnya mengejutkan netizen pada ketika itu.

Foto: Life & Style

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun Timothée dan Kylie adalah pasangan yang tidak disangka-sangka bercinta, namun mereka telah mengadakan beberapa acara umum bersama.

Hubungan mereka masih kekal sehingga April 2024, walaupun pasangan itu telah merahsiakannya sejak tarikh Golden Globes 2024 mereka.

Sumber: Cosmopolitan, US Weekly

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Dunia

Seorang anggota pasukan pengaman Indonesia yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd