Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Bengang! Gambar Rose Blackpink Disalah Guna Produksi Drama

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila sebuah produksi dari China telah menyalahgunakan gambar penyanyi dari kumpulan terkenal Korea Selatan, Rose Blackpink sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Menerusi laporan mStar, difahamkan produksi tersebut telah memohon maaf kerana tidak sengaja menggunakan gambar Rose dalam salah satu babak drama berjudul Justice In The Dark.

Apa yang mengundang kemarahan ramai adalah menerusi drama itu, gambar bintang tersebut digunakan sebagai seorang pelacur.

“Disebabkan kecuaian pasukan produksi ketika bekerja, kami telah menggunakan gambar Rose secara tidak sengaja. Ini telah menjejaskan reputasi Rose.
“Kami ingin memohon maaf kepada Rose dan peminat termasuk platform penyiaran drama tersebut dan juga kepada semua penonton,” jelas kenyataan produksi berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, dalam drama tersebut mengisahkan pihak polis telah melakukan penyamaran demi mendapat maklumat mengenai sebuah pusat pelacuran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di dalam salah satu babak tersebut, terdapat katalog yang menunjukkan maklumat beberapa wanita yang dipercayai menyediakan khidmat pelacuran dan dari situ, peminat ternampak gambar Rose Blackpink digunakan.

Meskipun sudah memadam babak tersebut, namun pihak produksi itu tidak mengeluarkan sebarang permohonan maaf sehinggalah peminat menyuara mengenai perkata tersebut.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd