Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rumah Dijilat Api, Isteri Anggota Bomba Nekad Selamatkan Wang Tunai RM45,000

Seorang suri rumah berjaya menyelamatkan wang tunai milik ibunya berjumlah RM45,000 yang sepatutnya digunakan untuk melangsaikan bayaran pembelian sebidang tanah selepas rumah pusaka keluarga mereka di Kampung Jambu Merah, Melor, terbakar pada Jumaat lalu.

Selamatkan wang RM45,000

Memetik laporan Kosmo, dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, Nik Noor Fatihah Nik Man, 37, bertindak pantas apabila melihat api semakin marak membakar sebahagian rumah sebelum bergegas mengambil wang milik ibunya, Mek Yah Deraman, 67.

Menurut Nik Noor Fatihah, insiden berlaku ketika suaminya, Mohd. Alifudin Ahmad, 37, yang merupakan anggota bomba di Balai Bomba Pengkalan Kubor, Tumpat, sedang keluar menunaikan solat Jumaat.

Dia berkata, sebelum kejadian, beberapa kali letupan pada fius utama kedengaran diikuti percikan api yang kemudian merebak dengan cepat membakar rumah berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Melihat api marak, saya terus bergegas masuk ke dalam bilik dan terus mengambil wang tunai sebanyak RM45,000 milik ibu di dalam laci yang akan digunakan untuk bayaran tanah kepada sepupu.
“Saya membawa dua anaknya yang berusia dua dan lima tahun keluar melalui pintu dapur bagi mengelakkan daripada terperangkap kerana jeriji pintu utama dikunci dari luar oleh suami yang keluar untuk menunaikan solat Jumaat,” katanya di Kampung Jambu Merah, Melor, hari ini.

Nik Noor Fatihah turut meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak sempat menyelamatkan wang simpanannya sendiri, menyebabkan dia kini tinggal sehelai sepinggang selepas keseluruhan barangan rumah serta kelengkapan sekolah anak-anak musnah dalam kebakaran tersebut.

“Buat masa ini, kami menumpang di rumah sepupu saya yang terletak di sebelah rumah pusaka ini sementara menunggu kediaman tersebut dibaiki semula,” tambahnya lagi

Artikel lain: Tular Rumah Terbakar Tapi Beg Selamat, Wanita Terharu Christy Ng Datang Hulur Pelbagai Bantuan

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nik Noor Fatihah di talian 013-446 0140 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional miliknya, 0301441100002850.

Sumber: Kosmo (Rohana Mohd. Nawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd