Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Skandal 1MDB: Jho Low Cuba Nasib! Mohon Pengampunan Trump

Ahli kewangan Malaysia dalam buruan, Jho Low dilaporkan telah memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump, menurut rekod Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Berdasarkan maklumat di laman web DoJ, permohonan yang difailkan atas nama Taek Jho Low itu diklasifikasikan sebagai permohonan “pengampunan selepas selesai menjalani hukuman”.

Bagaimanapun, status permohonan berkenaan masih direkodkan sebagai ‘pending’ dan belum ada sebarang keputusan diumumkan.

Jho Low berdepan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana kira-kira AS$4.5 bilion (RM17.7 bilion) daripada dana pelaburan strategik negara, 1MDB, sejak 2018, namun masih berada dalam buruan pihak berkuasa antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kini Terbukti! Kakak, Sekutu Jho Low Diarah Bayar 1MDB Hampir AS$2.8 bilion

Pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat sebelum ini mendakwa beliau bekerjasama dengan bekas jurubank Goldman Sachs Group dalam pelbagai urus niaga berkaitan skandal berkenaan, termasuk dakwaan pembayaran rasuah berjumlah kira-kira AS$2 bilion kepada pegawai asing serta pengagihan dana kepada individu berkaitan skim tersebut.

Seorang bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang mengaku bersalah dalam kes berasingan, turut memberi keterangan terhadap bekas rakan sekerjanya, Roger Ng, yang telah disabitkan kesalahan dalam perbicaraan pada 2022.

Dalam keterangannya, Leissner mendakwa Jho Low pernah menyatakan bahawa Donald Trump terlibat secara tidak langsung dalam usaha menamatkan siasatan jenayah Amerika Syarikat berkaitan kes 1MDB, selain mendakwa terdapat perbincangan melibatkan Jared Kushner, menantu Trump dan penasihat kanan Rumah Putih ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Permohonan itu masih dalam penelitian dan belum ada keputusan dibuat,” menurut sumber berkaitan proses berkenaan.

Sumber: Bloomberg

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd