Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Bunuh Di Kelantan Naik Lebih 100% – “Sukar Kita Tentukan Punca..”

Polis Kelantan menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes bunuh di negeri itu yang melonjak lebih 100 peratus bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Foto arkib: Bernama

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, sebanyak lima kes jenayah bunuh direkodkan setakat ini berbanding hanya satu kes pada tahun lepas, sekali gus menyifatkan jenayah berkenaan sebagai sesuatu yang sukar dijangka dan dicegah oleh pihak berkuasa.

“Sukar untuk kita tentukan punca sebenar secara mutlak kerana bukan semua kes bunuh berpunca daripada pengaruh dadah.
“Sebagai contoh, ada kes pergaduhan yang berakhir dengan pembunuhan meskipun siasatan mendapati suspek negatif dadah.
“Peningkatan ini amat membimbangkan. Berdasarkan pemerhatian, kelemahan iman dan kurangnya pegangan agama juga menjadi antara punca utama individu mudah dipengaruhi perasaan marah hingga bertindak ganas dan hilang pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan bagi Mei 2026 di Kota Bharu, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya lebih peka terhadap pergerakan ahli keluarga serta sentiasa memantau persekitaran dan pergaulan anak-anak bagi mengekang jenayah seumpama itu daripada terus berlaku.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 19 tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri di tepi jalan di Kampung Chap Bekelam, Bachok pada 14 April lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, mangsa ditemukan pada 8.30 pagi sebelum dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, dan disahkan meninggal dunia pada 12.55 tengah malam, 15 April.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa akibat kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.
“Susulan itu, satu pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok telah menjalankan beberapa siri serbuan dan tangkapan di sekitar Kelantan dan Selangor,” ujarnya.

Foto arkib: Bernama

Mohd Yusoff berkata, hasil serbuan membawa kepada penahanan enam lelaki Melayu berumur antara 25 hingga 52 tahun serta seorang wanita Melayu berusia 28 tahun bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas beberapa barangan kes antaranya sebuah kereta, tiga motosikal, enam telefon bimbit, empat pasang pakaian, dua batang kayu, satu komponen motosikal, sebuah gayung, tong cat serta beberapa cebisan kain.

“Semua suspek direman bermula 10 Mei hingga 22 Mei bagi membantu siasatan dan semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
“Manakala hasil ujian saringan air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah,” katanya lagi

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd