Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Van Didakwa Sebabkan Murid Tahun Dua Maut, Mengaku Tidak Bersalah

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

Menurut laporan BH Online, tertuduh Nordin Ithnin, 61, didakwa memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian murid Tahun Dua, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) di hadapan Majistret Arun Noval Dass. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda tidak melebihi RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan, manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa kepada enam anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya selain pihak pendakwaan memohon jaminan RM10,000, namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000.

Mahkamah turut menetapkan 25 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Selain itu, Arun memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan, selain lesen memandunya digantung berkuat kuasa hari ini mengikut Seksyen 41(5) akta sama.

Terdahulu, siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika van dipandu tertuduh sedang keluar dari kawasan sekolah selepas menghantar barang sebelum merempuh mangsa yang berjalan di hadapan pintu pagar sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan organ dalaman sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Sulong.

Sumber: BH Online (Alias Abd Rani)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd