Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemain Harimau Malaya Luang Masa Temui Penyokong Istimewa Di Qatar

Pemain Harimau Malaya, jurulatih dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkesempatan meluangkan masa bertemu dengan penyokong dari Malaysia selepas tiba di Doha, Qatar.

Dari Batu Gajah ke Qatar

Perkara tersebut turut dikongsikan akaun TikTok Famalaysia_ apabila mereka berkesempatan berjumpa dengan Muhammad Ridzwan Erman Effendi, 27 yang juga merupakan orang kelainan upaya penglihatan (OKU) di hotel penginapan pasukan skuad kebangsaan.

Kehadiran Ridzwan yang memakai jersi Harimau Malaya itu telah ditemani abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi yang datang dari Batu Gajah, Perak ke Qatar demi menyokong skuad kebangsaan dalam saingan Piala Asia.

@famalaysia_

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin; ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon serta para pemain skuad Harimau Malaya menyantuni Muhammad Ridzwan Erman Effendi, penyokong istimewa Harimau Malaya yang cacat penglihatan di hotel penginapan pasukan di Doha, Qatar sebelum mereka ke padang latihan, petang tadi. Ridzwan, 27, yang ditemani abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi terbang ke Qatar bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala Asia 2023. #FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 #SukanDiTikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – FAMalaysia – FAMalaysia

Pemain Harimau Malaya turut bertemu dengan Ridzwan

Selain bertemu dengan Presiden FAM, pemain-pemain pasukan negara seperti Afiq Fazail, Daniel Ting dan Syahmi Safari turut meluangkan masa berjumpa dengan peminat istimewa berkenaan.

Ketua jurulatih & pemain Harimau Malaya turunkan tanda tangan di jersi

Dalam pada itu, dua beradik berkenaan juga berkesempatan bertemu dengan ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan Gon selain bersalaman dan bergambar bersama kesemua pemain kebangsaan.

Ridzwan juga menyampaikan hasrat mahukan pasukan Harimau Malaya berjaya di bumi Qatar dan turut menyatakan jika orang lain hendak melihat kejayaan tersebut, dia pula mahu mendengarkannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Macam saya punya ayat. Kalau orang lain datang nak tengok Malaysia menang, tapi saya nak dengar Malaysia menang,” kata Ridzwan.

Untuk info, Malaysia akan berdepan Bahrain pada saingan Piala Asia dalam kumpulan E pada Sabtu nanti iaitu sekitar jam 10.30 malam waktu Malaysia.

Terdahulu, Malaysia telah tewas 4 berbalas 0 apabila tunduk dengan kehebatan pasukan Jordan pada perlawanan pembukaan kumpulan E.

Sumber:  Facebook FAM, TikTok famalaysia_

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd