Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelayan Bar Mengaku Tidak Salah Memandu Mabuk Sebabkan Ibu Muda Maut

Seorang pelayan bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang wanita muda dalam kemalangan di Jalan Ujong Pasir, awal minggu ini.

Foto: Media sosial

Menurut laporan Kosmo! Online, tertuduh S. Darshan, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa, Nur Aleya Natasha Roslan, 21.

Foto: Kosmo! Online

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi pada 5 Mei lalu di hadapan Kondominium Pasir Mutiara, Jalan Ujong Pasir, dalam daerah Melaka Tengah.

Akibat nahas itu, Nur Aleya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020), yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Melaka Hari Ini

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin memohon jaminan sebanyak RM10,000 selain syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,200 sebulan serta perlu menyara bapanya yang uzur dan mengalami masalah kesihatan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Jun depan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ibu muda maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah Perodua Myvi yang dipercayai dipandu lelaki mabuk.

Foto: Media sosial

Mangsa difahamkan meninggalkan seorang anak berusia dua tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Amran Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd