Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pelarasan Tarif Air Baharu Di Semenanjung, Labuan Bermula 1 Februari

Bermula 1 Feb ini, pelarasan tarif air yang baharu bagi pengguna  domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksana, demikian menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pelarasan itu, yang menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu, dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif di mana struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung serta Labuan dan ia akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

SPAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelarasan tarif itu tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan yang dinikmati rakyat.

Pelarasan tarif air baharu

Artikel lain: 99% Pengguna Di Sabah Dan WP Labuan Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPAN, pelaksanaan pelarasan tarif air itu adalah berdasarkan keperluan dan permintaan Kerajaan Negeri namun Kerajaan Persekutuan melalui suruhanjaya berkenaan akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif tersebut.

Bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat, SPAN menyarankan operator bekalan air di setiap negeri untuk meneruskan inisiatif sedia ada dengan memberi  bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti pemberian rebat kepada golongan B40.

Melalui semakan tarif itu, SPAN berkata operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air.

Antaranya untuk pembinaan atau menaik taraf loji rawatan air, membuat penggantian paip usang, melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air sekali gus memenuhi ekspektasi pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan,” menurut kenyataan itu.

SPAN turut menyeru pengguna agar mengamalkan penggunaan air secara berhemat termasuk menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh suruhanjaya itu,  membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masingmasing serta memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber alternatif untuk kegunaan bukan minuman.

Sumber: Bernama

+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd