Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pelakon Porno Bernikah Di Balai Polis Dengan Kru Sendiri Dalam Tahanan

Seorang pelakon porno telah bernikah dengan kru dari filem yang dilakonkannya di sebuah balai polis selepas mereka ditahan berikutan kes melakukan aktiviti haram tersebut.

Bernikah di balai polis

Memetik laporan dari Tribun Jakarta, wanita dikenali sebagai SE,27 dan lelaki, AT,30 yang juga merupakan seorang jurutera bunyi sah bergelar pasangan suami isteri selepas bernikah di pejabat Polda Metro Jaya dengan dihadiri 5 orang saksi terdiri daripada wali, ibu pengantin perempuan dan lelaki.

pelakon porno bernikah

Pelakon porno bernikah dengan jurutera bunyi

Difahamkan, SE dan AT telah ditahan pihak berkuasa selepas jenayah memproduksi filem porno bersama beberapa yang lainnya dibongkar baru-baru ini.

Menurut sumber, pasangan berkenaan sebenarnya sudah lama bercinta iaitu sebelum ditahan pihak berkuasa lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun mereka ditahan, kami tidak boleh menafikan hak mereka seperti ingin berkahwin asalkan ia tidak menganggu siasatan yang dijalankan,” kata wakil pihak berkuasa.

pelakon porno bernikah

Artikel lain: Dibayar RM305, Aktres Dakwa Dipaksa Irwansyah Bintangi Filem P*Rno

Untuk rekod, SE merupakan antara pelakon yang ditahan pihak polis bersama suami dan juga pengarah bagi filem-filem diterbit sebuah tempat produksi.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, kegiatan haram tersebut telah berjalan sejak tahun 2022 dan menghasilkan sekitar 120 buah filem porno.

Sumber: Tribun Jakarta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd