Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon Indonesia ‘Mengidam’ Nak Berlakon Bawah Syamsul Yusof

Pelakon baru meningkat naik di Indonesia, Tissa Biani meluahkan rasa keiginannya mahu berlakon di bawah pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof.

Menurut laporan Kosmo, dia memaklumkan perkara tersebut selepas melihat kehebatan Syamsul Yusof dalam menghasilkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang telah berjaya mencipta rekod yang tersendiri.

“Kalau di Malaysia saya sempat dengar tentang filem terlaris di negara ini iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Ada dengar ramai yang memuji filem (di Malaysia) ini dan bahkan di Indonesia juga sempat dirilis di sana.
“Saya rasa teringin juga ingin bermain (filem) di negara ini. Kalau pengarah filem Mat Kilau (Syamsul Yusof), saya tak begitu terperinci tahu tentangnya tapi filemnya sempat saya tahu sebab viral juga kan,” katanya.
View this post on Instagram

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tissa yang juga popular dengan filem seram, KKN di Desa Penari itu mendedahkan dia akan sedaya upaya untuk mencari peluang berlakon menerusi produksi drama atau filem di Malaysia.

“Mungkin suatu hari nanti boleh sertai projek lakonan di Malaysia. Kalau ada masa dan kesempatan yang bisa didapatkan di sini, mengapa tidak,” jelasnya lagi.

Sumber: Kosmo (Mohd Haikal Isa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd