Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar ‘Intern’ Lemas Tersedut Ke Dalam Tangki Air, Bapa Anggap Ujian Berat – “Saya Tak Kuat”

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan besar yang sukar digambarkan.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Allahyarham Muhammad Adam Danish Mohd Anuar, 24, merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang sedang menjalani latihan industri ketika kejadian berlaku.

Foto: Media sosial

Bapanya Mohd Anuar berkata, dia amat bersyukur apabila semua urusan pengkebumian anaknya dipermudahkan, daripada proses bedah siasat sehinggalah pengebumian.

Menurutnya, jenazah selesai menjalani bedah siasat di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam sekitar jam 7 malam pada Selasa.

“Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Selepas selesai bedah siasat, jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan oleh pihak hospital.
“Kemudian jenazah dibawa ke Masjid Kariah Kundur Tengah, Pedas, Negeri Sembilan untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kundur Tengah kira-kira jam 12.30 tengah malam.
“Kami sempat membuka ruang kepada ahli keluarga dan kenalan kira-kira 10 minit untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disemadikan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Foto: FB UPM

Dalam kejadian Selasa lalu, lelaki berusia 24 tahun itu dilaporkan maut selepas dipercayai lemas akibat tersedut ke dalam tangki air ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana, Jalan Saujana Perdana 18.

Mangsa dikatakan sedang berada di atas tangki sebelum dipercayai terjatuh atau tersedut ke dalam struktur berkenaan dan gagal menyelamatkan diri dalam insiden kira-kira jam 11.51 pagi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media sosial

Sementara itu, Mohd Anuar berkata, dia tidak menyangka begitu ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah, termasuk rakan lama, kenalan serta penduduk kampung.

“Kehadiran orang ramai termasuk rakan-rakan yang sudah lama tidak ditemui menunjukkan Allahyarham seorang insan yang disenangi ramai.
“Saya sendiri terharu apabila melihat begitu ramai yang hadir. Ada rakan-rakan yang sudah lima hingga 10 tahun tidak berjumpa pun datang memberikan penghormatan terakhir.
“Saya percaya Allah memberi peluang kepada arwah untuk mendapat penghormatan sebegitu. Bukan semua orang memperoleh kesempatan seperti itu,” ujarmya.

Mohd Anuar turut mengakui masih sukar untuk menerima pemergian anak sulungnya itu, namun cuba untuk kekal kuat demi anak-anak lain.

“Sebenarnya saya tidak kuat untuk menghadapi perkara ini. Tetapi demi adik-adiknya, saya perlu kuat.
“Kehilangan anak adalah ujian yang amat berat,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd