Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Buanglah, Saya Tak Kisah..”- Pelajar Biadab dengan Guru, Datang Sekolah Mahu Jumpa Kekasih

Pelajar Biadab dengan Guru

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan tindakan biadab seorang pelajar lelaki terhadap guru wanita, dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah tempatan.

Dalam video berdurasi kurang daripada satu minit itu, pelajar terbabit dengan nada angkuh menyatakan bahawa kehadirannya ke sekolah bukan untuk menuntut ilmu, sebaliknya hanya mahu bertemu teman wanitanya.

Lebih mengejutkan, pelajar berkenaan turut mencabar gurunya secara terbuka apabila berkata dia tidak kisah dikenakan tindakan buang sekolah.

“Saya datang sekolah nak jumpa girlfriend je. Nak buang? Buang la, saya tak kisah,” katanya dalam video berkenaan sambil berdepan guru wanita tersebut yang kelihatan tenang tetapi jelas kecewa.

Pelajar Biadab dengan Guru, Datang Sekolah Mahu Jumpa Kekasih

Insiden itu segera mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam kelakuan pelajar berkenaan sebagai melampau, biadab dan langsung tidak menghormati guru serta institusi pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rata-rata pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan terhadap tahap disiplin dan akhlak pelajar zaman kini yang dilihat semakin membimbangkan.

Aritikel lain: Isteri Dicerai Dalam Pantang, ‘Abang Santan’ Kejar Cinta Janda Lebih Berusia?

Sehingga kini, lokasi kejadian dan identiti pelajar terbabit belum dikenal pasti. Bagaimanapun, orang ramai berharap pihak berkuasa, termasuk Kementerian Pendidikan, mengambil tindakan tegas bagi menangani masalah disiplin serius seperti ini.

Tindakan lanjut dan siasatan dijangka dilakukan bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, sekali gus menjaga maruah profesion perguruan yang selama ini menjadi tunjang dalam mendidik generasi masa depan negara.

Sumber: Instagram updateinfo11

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd