Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Oppenheimer Kalahkan Barbie, Menang Lima Anugerah Di Golden Globe

Filem sejarah Oppenheimer telah mendominasi Anugerah Golden Globe kali ke-81 dan kalahkan filem Barbie selepas memenangi beberapa anugerah pada pagi Isnin (waktu Malaysia).

Kemenangan filem ini bermula selepas pengarah, Christopher Nolan memenangi anugerah pengarah terbaik yang pertama baginya, lapor Reuters.

“Saya sangat gembira dengan pengiiktirafan yang diterima oleh Chris. Apa yang dia lakukan tidak pernah dilakukan oleh orang lain,” kata penerbit Oppenheimer, Emma Thomas di atas pentas.

Selain memenangi Pengarah Terbaik, Oppenheimer turut meraih Anugerah Filem Terbaik (Drama), Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Cillian Murphy), Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Robert Downey Jr.) dan Anugerah Lagu Terbaik.

Artikel lain: Lucinta Dah Insaf, Mahu Kembali Ke Fitrah Asal Selepas Tonton ‘Siksa Neraka’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oppenheimer kalahkan Barbie

Naskhah itu telah tercalon dalam lapan kategori secara keseluruhan dan merupakan yang kedua terbanyak selepas Barbie dengan sembilan pencalonan.

Namun begitu, Oppenheimer telah mengalahkan Barbie yang hanya membawa dua anugerah iaitu Anugerah Lagu Terbaik dan Anugerah Sinematografi serta Pencapaian Box Office.

Dalam pada itu, pelakon wanita terbaik pula dimenangi oleh Lily Gladstone sebagai isteri kepada watak utama Ernest Burkhart dalam filem Killers of the Flower Moon.

“Ini adalah kemenangan bersejarah. Ia bukan milik saya seorang, namun dengan semua adik-beradik perempuan saya,” kongsinya.

Sekadar info, Oppenheimer menceritakan kisah seorang lelaki bernama J. Robert Oppenheimer dan sumbangannya terhadap penciptaan bom atom yang pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd