Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Aaron-Wooi Yik Naib Juara Kumpulan A, Tewas Kepada China

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa akur muncul sebagai naib juara kumpulan A selepas tewas di tangan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang di pentas temasya Sukan Olimpik Paris 2024 awal pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Kejohanan Badminton yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena menyaksikan pasangan China itu berjaya menundukkan berugu negara secara straight set 22-24,14-21 seawal perlawanan.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

“Pasangan China terbabit mempamerkan aksi lebih menyakinkan dengan mengawal gelanggang dalam usaha mengutip mata demi mata.
“Malah, kesilapan mudah pasangan negara itu pada set pertama membolehkan wakil China itu meninggal jauh Aaron-Wooi Yik hingga kedudukan 20-15,” tulis laporan teresbut.

Meskipun sempat bangkit dan mengikat pasangan China tersebut dengan kutipan mata 20-20, namun Aaron-Wooi tetap tumpas dan terpaksa akur dengan keputusan set pertama 22-24.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

“Bersambung set kedua pula menyaksikan Aaron-Wooi yang berada di ranking kelima dunia gagal mengekalkan rentak cemerlang pada awal permainan apabila sering melakukan kesilapan mudah hingga memberi kemenangan kepada lawan 14-21.
“Aaron-Wooi Yik mengakhiri saingan kumpulan A di tempat kedua manakala wakil China itu dinobatkan sebagai juara,” ujar laporan itu lagi.

Foto: Facebook MaxBad

Kejayaan Aaron-Wooi untuk layak beraksi di pentas suku akhir kejohanan itu seharusnya diakui walau terpaksa tunduk kepada dari China tersebut.

Untuk makluman, kekalahan itu sekali gus menjadikan Aaron-Wooi tewas sebanyak tiga dalam sembilan perlawanan dengan wakil China terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd