Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

NGO Siasat Majlis Tunang Kanak-Kanak Berusia 7 Tahun Di Jawa Timur

Badan bukan kerajaan (NGO) membuat siasatan terhadap majlis pertunangan kanak-kanak tujuh tahun yang tular di media sosial sebelum ini.

Jakarta Globe melaporkan, Ketua Perwakilan Badan Kependudukan dan Keluarga Berencana (BKKBN), Maria Ernawati menjelaskan pertunangan yang membabitkan kanak-kanak itu merupakan adat di Madura untuk mengeratkan hubungan keluarga.

Foto: Lentera Today

Difahamkan, meskipun pertunangan tersebut diadakan ketika masih kanak-kanak namun proses akad nikah akan dijalankan setelah anak-anak mereka menamatkan pengajian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pertunangan berlaku ketika kanak-kanak masih kecil, tetapi majlis akad nikah diadakan selepas anak-anak tamat pengajian. Kami berharap kerajaan tempatan akan terus mendidik orang ramai tentang bahaya perkahwinan awal atau kanak-kanak,” katanya ketika ditemu bual pada Sabtu.

Dalam pada itu, Maria menggesa pihak kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang risiko perkahwinan pada usia yang terlalu muda yang akan memberi kesan kepada kesihatan, ekonomi dan menyumbang kepada keterbantutan.

“Ibu-ibu masih belum matang, baik daripada segi kesihatan reproduktif mahupun kesediaan mental. Bayangkan seorang anak terpaksa menjaga anak lain,” tegasnya.

Dia juga menyifatkan kanak-kanak belum cukup matang untuk bergelar seorang ibu kerana ia memerlukan kesediaan mental serta kesihatan yang produktif.

Selain berharap jumlah perkahwinan kanak-kanak di Jawa Timur berkurangan, Maria juga menyatakan hasratnya agar kempen pendidikan tentang umur yang sah untuk berkahwin dapat meningkatkan kesedaran tentang risiko perkahwinan golongan berkenaan.

@z0yaahmad

abekalan ges… bocil 7 th dan tunangannya juga 7 th

♬ suara asli – 𝓛𝓪_𝓖𝓲𝓵𝓪𝓷𝓰21 – 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙂𝙐𝙉𝘼 𝙀𝙍𝙊𝙍

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, terdapat video TikTok yang dikongsi oleh @z0yaahmad memaparkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun sedang berjabat tangan dengan setiap tetamu yang datang ke rumah mereka untuk mengucapkan tahniah. 

Namun begitu, ibu bapa gadis tersebut, Haji Zahri dan Hajah Zainab tidak menyangka majlis pertunangan anak mereka akan meraih perhatian ramai malah menganggap acara tersebut sebahagian daripada komitmen mereka terhadap tradisi.

Sumber: Jakarta Globe, TikTok @z0yaahmad

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd