Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Natasha Rangkul Emas Kejohanan Boling Dunia

Pemain boling wanita negara, NatashaMohamed Roslan atau lebih mesra disapa Natasha rangkul emas individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi sekaligus menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia.

Lebih manis, pemain berusia 27 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik pada aksi berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club.

Natasha rangkul emas

Artikel lain: Sukan Asia: Pemain Skuasy Wanita Hadiah Emas Keempat Buat Malaysia

Natasha bermula cemerlang di perlawanan pertama selepas melakukan 259 jatuhan pin berbanding 194 oleh Jane.

Jane walaupun bangkit memenangi perlawanan kedua 238-162, tidak dapat menandingi kehebatan Natasha apabila tewas 165-185 pada perlawanan penentuan sekali gus terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore pada 2011 di Hong Kong.

Sementara itu, wakil Korea Selatan, Hong Hae Ni dan Son Hye Rin masing-masing berkongsi gangsa, menurut laman sesawang www.abf-online.org.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jaringan akademik dan industri kreatif antarabangsa menerusi Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen 2026 yang...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Lokal

Keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan seorang pemandu remaja lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun selepas menyebabkan kematian tiga remaja dalam nahas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd