Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas LPT: Polis Tak Tolak Kemungkinan Penunggang RXZ Berlumba

Polis tidak menolak kemungkinan sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ yang terlibat dalam nahas maut di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Kuantan, awal pagi tadi, terbabit dalam aktiviti perlumbaan haram.

Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh

Memetik laporan daripada Kosmo! Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah menyatakan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk meneliti semua sudut yang berkaitan.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi kira-kira seminit yang tular di media sosial turut menjadi perhatian apabila memaparkan sekumpulan penunggang motosikal memecut laju di kiri dan kanan sebuah kereta sebelum kelihatan serpihan motosikal dipercayai daripada kemalangan tersebut.

4 meninggal dunia

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, empat penunggang Yamaha RXZ disahkan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa yang terkorban ialah Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, Muhammad Safawi Md. Noh, 24, dan Mohd Aizat Husni, 33.

Menurut Ashari, kesemua mangsa ketika itu bersama sekumpulan penunggang motosikal lain dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kemaman, Terengganu.

Beliau turut memaklumkan lebih 30 buah motosikal yang dipercayai jenis Yamaha RXZ terlibat dalam kejadian tersebut, manakala siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Sumber: Kosmo! (Abdul Rashid Abdul Rahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia bakal merintis perkhidmatan feri penumpang elektrik sepenuhnya yang pertama beroperasi secara komersial merentasi laut terbuka menerusi Projek Feri Elektrik Langkawi, yang dirancang menghubungkan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd