Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Nafi Terpaksa Jadi Buruh, Pemenang EPL 2016 Perjelas Suka Bekerja Di Tapak Pembinaan

Bekas pemain bola sepak dari England, Danny Drinkwater yang juga merupakan pemenang English Premier League (EPL) 2016 menegaskan bahawa dia suka bekerja di tapak pembinaan dan bukan kerana terpaksa.

Baru-baru ini, bekas pemain tengah Leicester itu telah memuat naik foto di InstaStory memaparkan dia sedang berkerja di satu tapak binaan.

Pemenang EPL 2016 suka bekerja di tapak pembinaan

 Pemenang EPL 2016 Bekerja Di Tapak Pembinaan

Disebabkan foto itu, Drinkwater mendedahkan dia menerima pelbagai mesej termasuklah hinaan yang mengatakan pemain itu telah jatuh ke tahap paling rendah dalam hidupnya.

Bagaimanapun, Drinkwater telah membuat tangkap layar perbualan itu dan memohon agar berhenti menghantar mesej sedemikian disamping berkata dia suka bekerja di tapak binaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Pemenang EPL 2016 Bekerja Di Tapak Pembinaan

“Mesej-mesej seperti ini, tolong berhenti. Saya suka bekerja di tapak binaan! Ini adalah pilihan saya,” katanya.

Artikel lain: Supremo Olimpik Paris 2024 Dilapor Sudah Bersedia, Kini Masuk Fasa Akhir

Sementara itu, selepas bersara daripada bermain bola sepak Drinkwater cuba menceburkan diri dalam perniagaan namun restoran yang dibelinya gulung tikar dan kehilangan £782,000 (RM4.71 juta), lapor The Sun UK.

 Pemenang EPL 2016 Bekerja Di Tapak Pembinaan

Drinkwater kemudian membeli 70 peratus saham dalam kelab malam Manchester iaitu Firefly namun ia juga ditutup selepas gagal memperbaharui kontrak bersama premis itu.

Sebelum ini, Drinkwater telah berkongsi dalam satu temu bual yang mana dia mengalami masalah mental selepas berpindah ke kelab Chelsea.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Drinkwater memulakan kariernya di kelab Manchester United sebelum dijual kepada kelab Leicester pada 2016 dan memenengai Premier League pada tahun itu.

Sumber: Instagram Danny Drinkwater, The Sun

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd