Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ‘dibantai’ kerana mengabaikan fasiliti murid sekolah agama yang belajar tanpa kerusi meja selama setahun sekali gus dianggap birokrasi lambat.
Menerusi satu perkongsian video di Facebook, Ahli Parlimen Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh telah memuat naik sebuah video yang memaparkan murid sedang belajar tanpa kemudahan kerusi dan meja di sebuah sekolah agama di Melaka.
Foto: NSTP
https://www.facebook.com/m.akmalsaleh/videos/408439882082748
Malah, Ketua Pemuda UMNO itu dilihat mempersoalkan tentang peruntukan yang telah diberikan sejak dari Disember tahun lalu, namun pihak JAIM masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap fasiliti sekolah itu.
“Peruntukan dah masuk sejak bulan 12, takkan perlukan masa sampai lima bulan? Ustaz tengok anak-anak ni, selesa ke?
“Lima bulan kena tunggu. Ustazah kata dari tahun lepas mereka sudah mohon, saya tengok peruntukan dah sampai hujung tahun lepas. Buat apa ini ustaz sampai lima bulan?,” tanya Akmal kepada salah seorang ustaz yang didakwa dari JAIM.
Video berdurasi tiga minit 53 saat itu juga memperlihatkan Akmal menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salhah untuk mendapatkan kepastian namun, beliau telah menafikan dakwaan mengenai kelewatan kelulusan di semua sekolah negeri terbabit.
Foto: The Sun
Dalam pada itu, Akmal berpendapat bahawa isu tersebut telah dipandang remeh oleh pihak JAIM sekali gus menganggap masalah terbabit berlaku disebabkan oleh birokrasi yang lambat.
“Birokrasi JAIM yang melambatkan kerja.Kalau tak boleh tak apa saya bawa Exco, kita rombak semula JAIM.
“Kalau tak boleh buat kerja balik,” katanya.
Sumber: Facebook Akmal Saleh