Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Subsidi RON95: Rakyat Indonesia Tumpang Kagum – “Kenapa Kita Kalah Dengan Malaysia?”

Langkah Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 mencetuskan perbualan hangat di media sosial Indonesia.

Ramai yang tidak menyangka negara jiran mampu menawarkan harga begitu rendah, sedangkan Malaysia bukan pengeluar minyak utama.

Mengikut laporan Kumparan, penurunan harga itu akan memberi manfaat kepada lebih 16 juta rakyat Malaysia dengan had pembelian 300 liter setiap bulan.

RON95

Pemandu e-hailing pula boleh memohon kuota lebih tinggi bergantung kepada keperluan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain:Tular Peranti Guna MyKad, Untuk Tentu Kelayakan Dapat Subsidi RON95?

Bloomberg turut melaporkan harga baharu itu bersamaan kira-kira Rp7,880 seliter (berdasarkan kadar Rp3,960 untuk RM1), manakala untuk warga asing, harga ditetapkan pada RM2.60 atau sekitar Rp10,296 seliter.

Di platform X, @NorPujiansyah menulis,

“Kalau dibaca dengan nilai RM1.99, memang terasa betapa murahnya minyak di Malaysia. Padahal mereka bukan penghasil minyak, tapi pejabat mereka betul-betul fikirkan kepentingan rakyat.” katanya.

RON95

Seorang lagi pengguna, @jakesvarna, membuat perbandingan dengan negaranya sendiri. Katanya, walaupun harga minyak di Malaysia turun, kerajaan tetap memperoleh keuntungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Beza dengan Indonesia, sejak era Soeharto lagi rakyat masih terbeban dengan harga minyak,” ujarnya.

Pengguna @lakala7700 yang menyifatkan harga petrol untuk warga asing di Malaysia pun masih lebih rendah berbanding harga di Indonesia. Baginya, hal itu cukup mengejutkan kerana biasanya negara jiran dianggap lebih mahal bagi orang luar.

Secara keseluruhannya, keputusan Malaysia menurunkan harga minyak RON95 bukan sahaja disambut lega oleh rakyatnya, malah membuatkan netizen Indonesia kagum, iri, dan pada masa sama, tertanya-tanya mengapa negara mereka tidak dapat melakukan perkara sama.

Bangsa kita lagi besar, tapi kalah dengan Malaysia

RON95

Cakap saja nak sindir

RON95

Sumber: X @kumparan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd