Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Beri Sumbangan Kepada 40 Penerima Sempena Sambutan Hari Raya

Kementerian Pertahanan (MINDEF) beri sumbangan kepada 40 orang penerima yang terpilih daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) di di Kem Kementah, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan, penerima dipilih daripada kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Veteren ATM.

Sumbangaan itu disampaikan oleh menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MINDEF.

MINDEF beri sumbangan kepada 40 penerima

Dalam senarai penerima, tiga adalah anak-anak veteran ATM yang telah berjaya menerima biasiswa Yayasan LTAT – IIUM Ummatic.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, MINDEF turut menyampaikan sumbangan RM50 secara one-off kepada 9,355 anak-anak ATM Tahun Satu sesi persekolahan 2024 dengan nilai sebanyak RM467,750.

Kementerian turut menyampaikan sumbangan RM300,000 dalam bentuk bantuan kebajikan kepada anak-anak ATM yang kurang upaya seperti Autisme, Dysparaxia, Masalah Pembelajaran, Mild Autism dan Down Syndrom.

Artikel lain: Helikopter TLDM Terhempas Selepas Raptai Kali Ketiga – Khaled Nordin

Sementara itu, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MINDEF ini merupakan acara tahunan bagi merapatkan ukhwah dalam kalangan warga di kementerian itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, sambutan tahun ini merupakan yang pertama bagi Mohamed Khaled selepas beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan sejak 15 Disember lalu.

Dalam pada itu, seramai 9,000 pengunjung turut hadir memeriahkan sambutan itu melibatkan Ahli Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Duta-Duta Asing dan Pesuruhjaya Tinggi,

Tidak dilupakan kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta warga MINDEF dan ATM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd