Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Pertahanan Sertai Munich Security Conference Di Republik Persekutuan Jerman

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyertai Munich Security Conference (MSC) sempena lawatan kerja rasmi ke Republik Persekutuan Jerman pada 15 hingga 18 Februari lalu.

Menerusi satu kenyataan, MSC adalah persidangan keselamatan tertinggi yang dianjurkan oleh negara Jerman sejak 1963 melibatkan penyertaan Menteri Pertahanan, Ketua Angkatan Tentera, dan Pemimpin Kerajaan dari rantau Eropah dan seluruh dunia.

Menteri Pertahanan sertai Munich Security Conference

https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/posts/pfbid02WgDwmMfGv6kacGX8TZhtuKVpjUbtJtKxcpTXBC8QmjtXqB8JKzC3NjQnWmveS9Al

“MSC yang menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini telah menjadi platform antarabangsa penting untuk pertukaran pandangan mengenai dasar keselamatan antarabangsa,” kata Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius; Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen dan Menteri Pertahanan Kanada, Bill Blair.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mohamed Khaled Mula Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Mohamed Khaled bersama Boris Pistorius

Pertemuan-pertemuan bilateral itu untuk membincangkan hubungan pertahanan dua hala, isu strategik serantau, kedinamikan aspek pertahanan dan pelbagai lagi antara Malaysia serta negara terbabit.

Malah, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu dan delegasi turut mengadakan lawatan ke pejabat Brainlab AG selain bertemu dengan kumpulan syarikat Rheinmetall.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Delegasi Malaysia telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai teknologi dan inovasi terkini syarikat-syarikat berkenaan dalam bidang perubatan dan pertahanan.
“Beliau dan wakil-wakil industri turut membincangkan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan kerjasama di antara industri Malaysia dan Jerman,” tambah MINDEF.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd